Alam jin sebenarnya terlalu kompleks untuk dihuraikan secara tepat kerana ia merupakan rahsia Allah dan termasuk perkara ghaib tetapi bukan ghaib yang hakiki seperti malaikat, syurga, neraka dan sebagainya. Allah memberi kita sedikit pengetahuan tentang alam jin ini dan ilmu pengetahuan ini adalah berbeza bagi setiap individu. Kebanyakan orang terkeliru dan mendapat banyak gambaran yang kurang tepat berkenaan jin dan persepsi ini perlu diperbetulkan semula untuk mengelakkan kita selalu bersangka buruk kepada makhluk Allah yang satu ini. Allah bukan ciptakan jin untuk bermusuh dengan manusia. Ini berdasarkan firman Allah swt dalam Az Zuriat ayat 56 yang bermaksud, "Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada aku". Musuh manusia cuma iblis dan syaitan. Walaupun iblis dan syaitan juga dari keturunan jin, tapi ia termasuk dalam kategori yang berbeza.Sebagai perawat islam(mualij), asas pengetahuan tentang alam jin ini penting untuk memudahkan proses rawatan dengan izin Allah. Melalui pemerhatian saya, saya dapati jin juga mempunyai berbagai-bagai bangsa. Bezanya ialah bangsa manusia boleh dilihat dengan perbezaan warna kulit. Tetapi bangsa jin terdiri daripada berbeza spesies seperti harimau, ular, buaya, anjing dan sebagainya. Jin juga berkahwin, mempunyai anak dan hidup berkeluarga seperti manusia. Sebab itulah kadang-kadang kita dapati sampai beratus bahkan ada yang sampai beribu-ribu jin yang tinggal dalam badan seseorang itu. Jadi kepada sesiapa yang ada gangguan jin dalam badan, cari lah mana-mana perawat islam untuk membuangnya. Jangan sekali-kali berjumpa dengan bomoh kerana ianya akan menambahkan lagi jin kuntiti jin yang dah sedia ada atau mengajak kita syirik kepada Allah dengan berbagai cara yang dipandang murni oleh kita.
No comments:
Post a Comment