Travelog Mualij
Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. (Surah Al-Isra':82)
Sunday, 2 October 2011
Jin Pendamping
Jin jenis ini hadir dengan berbagai cara. Jika seseorang itu mengamalkan apa-apa mentera atau apa-apa ilmu untuk tujuan keduniaan seperti untuk kuat, kebal dan sebagainya, ia akan mendatangkan jin pendamping. Ia juga boleh masuk melalui mimpi dan menawarkan diri untuk menjadi pendamping. Tangkal juga mendatangkan jin pendamping. Jin ini bekerja biasanya bergantung kepada niat dan keinginan seseorang. Ada yang mengambil pendamping ini untuk jadi kuat, kebal, untuk tengok jin, pukau, memperdayakan orang dan sebagainya. Jika orang yang memiliki pendamping ini meninggal dunia, jin ini akan turun ke anak-anaknya. Pada generasi kedua ini, jin ini tidak lagi dipanggil pendamping, tetapi ia bertukar menjadi jin sihir keturunan. Jin pendamping ini akan menjadi kawan karib seseorang selagi segala syarat dan pantang larang tidak dilanggar. Sekiranya syarat dan pantang larang dilanggar, dia akan menjadi musuh seseorang dan mula menyerang. Serangan jin ini biasanya akan menyebabkan penyakit-penyakit emosi seperti kemurungan, hilang fokus, malas dan sebagainya.
Jin Asyik
Jin Sihir
Jin sihir yang dihantar adalah yang paling bahaya kerana boleh menyebabkan seseorang itu sakit tubuh badan, organ-organ dalaman. Adakalanya menyebabkan seseorang itu lumpuh dan mati. Ramai yang tidak menyedari bila mereka disihir kerana kebanyakan orang yang sakit hanya fikir sakitnya itu adalah sakit biasa. Sakit seseorang terbahagi kepada dua bahagian iaitu sakit fizikal yang melibatkan masalah kesihatan seseorang. Yang kedua ialah sakit fizikal yang berpunca dari gangguan jin. Sakit yang berpunca dari gangguan jin ini biasanya susah untuk sembuh jika tidak di keluarkan jin yang menjadi punca kepada sakit yang dihidapinya. Sekiranya anda merasa terdapat gangguan pada tubuh anda, carilah mana-mana perawat untuk keluarkan jin dalam badan terlebih dahulu kemudian barulah cari ubat atau penawar untuk sakit tersebut, insyaallah.
Friday, 30 September 2011
Jin Saka
Jin saka adalah jin yang datang dari keturunan samada sebelah ibu atau bapa atau kedua2nya. Sekiranya ibubapa atau datuk nenek seorang ada membuat perjanjian supaya jin ini menjaga keturunannya, maka jin ini akan berpegang pada perjanjian tersebut yang mana dia akan berpindah pada anak, kemudian cucu dan keturunan seterusnya sebaik sahaja orang itu meninggal dunia. Biasanya dia akan memilih seorang saja daripada anak-anaknya. Ada juga kes yang jin ini pergi lebih dari seorang. Sebenarnya tiada kriteria khusus untuk jin ini memilih pada siapa yang dia akan pergi. Melalui pemerhatian yang saya buat, lebih dari 50% orang melayu mempunyai saka. Jin ini suka memilih seseorang yang mempunyai perwatakan berbeza berbanding adik-beradik yang lain. Contohnya orang yang paling baik dalam keluarga, paling nakal, paling pendiam dan sebagainya. Jin saka sangat kuat berpegang pada perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang seseorang. Itulah yang menyebabkan agak sukar untuk membuang atau mengeluarkan jin saka dari badan seseorang. Jin jenis ini biasanya akan mempengaruhi perwatakan seseorang itu dengan sifat dan perwatakan jin saka ini seperti nyanyuk, bengis, panas baran, suka bersendirian dan sebagainya. Ada jin saka yang duduk secara pasif dan tak mengganggu seseorang itu sampai tua. Ada juga yang dah lama duduk dalam badan tapi selepas beberapa tahun, mula menyerang seseorang itu kadang-kadang sampai lumpuh. Kadang-kadang samapi pesakit mati pun tiada yang tahu pesakit mati disebabkan gangguan jin. Oleh itu amat penting untuk menghalang jin ini dari terus tinggal di dalam badan generasi-generasi seterusnya.Nenek
Alam Jin
Alam jin sebenarnya terlalu kompleks untuk dihuraikan secara tepat kerana ia merupakan rahsia Allah dan termasuk perkara ghaib tetapi bukan ghaib yang hakiki seperti malaikat, syurga, neraka dan sebagainya. Allah memberi kita sedikit pengetahuan tentang alam jin ini dan ilmu pengetahuan ini adalah berbeza bagi setiap individu. Kebanyakan orang terkeliru dan mendapat banyak gambaran yang kurang tepat berkenaan jin dan persepsi ini perlu diperbetulkan semula untuk mengelakkan kita selalu bersangka buruk kepada makhluk Allah yang satu ini. Allah bukan ciptakan jin untuk bermusuh dengan manusia. Ini berdasarkan firman Allah swt dalam Az Zuriat ayat 56 yang bermaksud, "Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada aku". Musuh manusia cuma iblis dan syaitan. Walaupun iblis dan syaitan juga dari keturunan jin, tapi ia termasuk dalam kategori yang berbeza.Sebagai perawat islam(mualij), asas pengetahuan tentang alam jin ini penting untuk memudahkan proses rawatan dengan izin Allah. Melalui pemerhatian saya, saya dapati jin juga mempunyai berbagai-bagai bangsa. Bezanya ialah bangsa manusia boleh dilihat dengan perbezaan warna kulit. Tetapi bangsa jin terdiri daripada berbeza spesies seperti harimau, ular, buaya, anjing dan sebagainya. Jin juga berkahwin, mempunyai anak dan hidup berkeluarga seperti manusia. Sebab itulah kadang-kadang kita dapati sampai beratus bahkan ada yang sampai beribu-ribu jin yang tinggal dalam badan seseorang itu. Jadi kepada sesiapa yang ada gangguan jin dalam badan, cari lah mana-mana perawat islam untuk membuangnya. Jangan sekali-kali berjumpa dengan bomoh kerana ianya akan menambahkan lagi jin kuntiti jin yang dah sedia ada atau mengajak kita syirik kepada Allah dengan berbagai cara yang dipandang murni oleh kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)