Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. (Surah Al-Isra':82)
Sunday, 2 October 2011
Jin Pendamping
Jin jenis ini hadir dengan berbagai cara. Jika seseorang itu mengamalkan apa-apa mentera atau apa-apa ilmu untuk tujuan keduniaan seperti untuk kuat, kebal dan sebagainya, ia akan mendatangkan jin pendamping. Ia juga boleh masuk melalui mimpi dan menawarkan diri untuk menjadi pendamping. Tangkal juga mendatangkan jin pendamping. Jin ini bekerja biasanya bergantung kepada niat dan keinginan seseorang. Ada yang mengambil pendamping ini untuk jadi kuat, kebal, untuk tengok jin, pukau, memperdayakan orang dan sebagainya. Jika orang yang memiliki pendamping ini meninggal dunia, jin ini akan turun ke anak-anaknya. Pada generasi kedua ini, jin ini tidak lagi dipanggil pendamping, tetapi ia bertukar menjadi jin sihir keturunan. Jin pendamping ini akan menjadi kawan karib seseorang selagi segala syarat dan pantang larang tidak dilanggar. Sekiranya syarat dan pantang larang dilanggar, dia akan menjadi musuh seseorang dan mula menyerang. Serangan jin ini biasanya akan menyebabkan penyakit-penyakit emosi seperti kemurungan, hilang fokus, malas dan sebagainya.
Jin Asyik
Jin Sihir
Jin sihir yang dihantar adalah yang paling bahaya kerana boleh menyebabkan seseorang itu sakit tubuh badan, organ-organ dalaman. Adakalanya menyebabkan seseorang itu lumpuh dan mati. Ramai yang tidak menyedari bila mereka disihir kerana kebanyakan orang yang sakit hanya fikir sakitnya itu adalah sakit biasa. Sakit seseorang terbahagi kepada dua bahagian iaitu sakit fizikal yang melibatkan masalah kesihatan seseorang. Yang kedua ialah sakit fizikal yang berpunca dari gangguan jin. Sakit yang berpunca dari gangguan jin ini biasanya susah untuk sembuh jika tidak di keluarkan jin yang menjadi punca kepada sakit yang dihidapinya. Sekiranya anda merasa terdapat gangguan pada tubuh anda, carilah mana-mana perawat untuk keluarkan jin dalam badan terlebih dahulu kemudian barulah cari ubat atau penawar untuk sakit tersebut, insyaallah.