Jin asyik sebenarnya adalah kategori jin sihir. Oleh kerana dia masuk ke badan manusia kerana suka dan sayang kepada seseorang itu, maka ia di gelar jin asyik. Nama jin asyik ini sebenarnya bukan manusia yang letak, tetapi golongan jin sendiri yang memberi gelaran itu. Cara jin ini masuk ke badan ialah dengan memerhati seseorang untuk tempoh tertentu sehingga timbul rasa sayang pada seseorang, kemudian baru lah dia masuk kebadan. Jin jenis ini sangat bahaya kerana bila dia mula suka pada seseorang itu, dia akan sedaya upaya menghalang seseorang itu menyukai atau disukai oleh orang lain. Jika seseorang yang ada jin asyik ini ingin berumah tangga, kadang-kadang datang perasaan benci yang meluap-luap pada pasangannya. Bagi yang sudah berumahtangga pula, dia akan selalu bergaduh tentang perkara yang remeh-temeh. Lama-kelamaan kedua-dua pasangan ini hilang kesabaran dan akhirnya berpisah. Jin ini juga akan menghalang seseorang itu dari berjumpa perawat. Sepanjang saya menangani kes ini, jin ini suka duduk dalam badan seseorang dalam bilangan ganjil iaitu samada 1,3,5 ataupun 7. Jika bilangannya genap bermakna dia dah mula membiak. Selain daripada benci pada pasangan, orang yang ada jin ini juga tak suka pada anak-anak mereka, ibubapa dan kawan-kawan pasangannya.
No comments:
Post a Comment