Sunday, 2 October 2011

Jin Sihir

          Jin sihir ada beberapa jenis. Kebanyakannya datang dari keturunan samada sebelah ibu atau bapa. Ada juga yang datang dari pelaris yang dimasukkan ke dalam makanan. Yang paling merbahaya ialah jin yang dihantar melalui sihir. Beza jin saka dan jin sihir ialah jin saka boleh dikeluarkan terus jinnya tanpa meninggalkan apa-apa kesan sedangkan jin sihir bila dikeluarkan dari badan seseorang, dia akan meninggalkan barang sihir. Bilangan barang sihir adalah sama dengan bilangan jin sihir dan ianya masih memberi kesan kepada pesakit walaupun jin sihir telah keluar dari badan seseorang. Oleh itu barang sihir perlu dikeluarkan juga agar pesakit dapat pulih sepenuhnya dari gangguan.

         Jin sihir yang dihantar adalah yang paling bahaya kerana boleh menyebabkan seseorang itu sakit tubuh badan, organ-organ dalaman. Adakalanya menyebabkan seseorang itu lumpuh dan mati. Ramai yang tidak menyedari bila mereka disihir kerana kebanyakan orang yang sakit hanya fikir sakitnya itu adalah sakit biasa. Sakit seseorang terbahagi kepada dua bahagian iaitu sakit fizikal yang melibatkan masalah kesihatan seseorang. Yang kedua ialah sakit fizikal yang berpunca dari gangguan jin. Sakit yang berpunca dari gangguan jin ini biasanya susah untuk sembuh jika tidak di keluarkan jin yang menjadi punca kepada sakit yang dihidapinya. Sekiranya anda merasa terdapat gangguan pada tubuh anda, carilah mana-mana perawat untuk keluarkan jin dalam badan terlebih dahulu kemudian barulah cari ubat atau penawar untuk sakit tersebut, insyaallah.

No comments:

Post a Comment